Lek Lu

Saturday, 23 April 2016

LIYANA JASMAY KATA SUAMINYA JADI PERHATIAN DI SABAH, ORANG SABAH CAKAP 'PUNYA PERASAN !'


PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay memberitahu suaminya sering menjadi mangsa peminat-peminatnya untuk bergambar biarpun dia bukanlah selebriti terkenal.

Liyana, 28, berkata, dia menerima banyak mesej di laman sosial daripada peminat apabila mereka mengambil bergambar dengan suaminya yang kini bekerja di Sabah.

“Kasihan juga melihat suami saya dia bekerja di Sabah dan orang di sana ramai yang mengenali dia sebagai suami saya, jadi mereka selalu juga minta untuk bergambar dengannya.

“Selalu saya dapat notification di laman sosial ada sahaja peminat yang bergambar dengannya dan tag saya, mereka kata tidak dapat bergambar dengan saya, suami saya pun jadilah,” ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Liyana berkata, peminat di negeri itu sedikit fanatik membuatkan dia sendiri agak takut untuk keluar bersendirian jika melawat suaminya di negeri itu.

Katanya, dia pernah mempunyai pengalaman diekori oleh individu tidak dikenali ketika keluar membeli barang secara bersendirian.

“Jika saya ke Sabah, saya hanya duduk rumah sahaja kerana takut untuk keluar bersendirian kerana saya pernah ada pengalaman buruk di sana.

“Saya diekori oleh orang tidak dikenali ketika sedang membeli-belah bersendirian, nasib baik tiada apa yang berlaku kerana segera balik ke rumah, selepas kejadian itu saya tidak berani keluar secara bersendirian lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Liyana yang sibuk dengan perniagaan pakaian di bawah jenama Mermaid Store dan produksi Mermaid Studio memberitahu dia perlu bijak membahagikan masa.

Katanya, sebagai ibu dengan dua orang cahaya mata iaitu Sofea Arissa, 2, dan Selena yang baharu berusia 3 bulan dia juga perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada pembesaran kedua-dua anaknya itu.

“Sekarang saya sedang sibuk membesarkan lagi jenama pakaian Mermaid Store dan Alhamdulillah saya sekarang dibantu dengan tiga orang pekerja.

“Selain itu beberapa drama dan filem juga akan menyusul tahun ini dan banyak juga perancangan lain selain saya akan muncul dengan lagu baharu berjudul Oh Na Na tidak lama lagi,” ujarnya.-mstar

No comments:
Write comments