Meskipun belum sah bergelar seorang doktor, namun pelajar perubatan tahun akhir ini telah pun berjaya menyelamatkan seorang mangsa lemas pada 12 Mac yang lepas.
Kejadian tersebut berlaku di Teluk Bahang dan ketika itu Ganesh, 25, baru sahaja selesai membuat pendakian di hutan berhampiran sebelum terdengar seseorang menjerit meminta tolong, “Tolong! Kami perlukan doktor! Dia lemas”.
Ganesh terus mendapatkan mangsa yang berada di dalam bot dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
“Selepas ditekan-tekan dada mangsa lemas itu, lelaki tersebut mengeluarkan air dari mulut dan bernafas secara normal”
“Kemudian kami membawa lelaki tersebut ke tepi pantai. Saya menolak perut mangsa bagi membolehkan dia mengeluarkan air laut yang ditelan,” ujar Ganesh yang berasal dari Brunei.
Menurut Ganesh, ini adalah nyawa pertama yang beliau berjaya selamatkan sebelum bergelar seorang doktor. Ganesh akan menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan Pulau Pinang pada Jun depan.
Insiden ini telah menjadi viral mendapat perhatian ramai.
Ganesh turut berharap agar semua orang belajar bagaimana untuk membuat CPR ini, kerana ia mungkin berguna pada diri kita dan orang lain, tulis beliau di Facebook.
Di sini kami kongsikan satu video bagaimana untuk membuat bantuan pernafasan CPR. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi sama seperti Ganesh, anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Jom belajar buat CPR!
Sumber: thestar.com.my
No comments:
Write comments