Lek Lu

Friday 29 April 2016

MOHON SHARE: "SELEPAS DICERAIKAN SUAMI, AKAK TERPAKSA MINTA DERMA..."


Tengok ibu muda yang duduk di kerusi roda sambil mendukung anak kecilnya, sudah cukup membuatkan saya tersentuh.

Seperti biasa, saya kerja di Serdang, akan transit di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk naik Transit Aliran Ringan (LRT). Train agak lewat sedikit, mungkin Allah nak ketemukan saya dengan ibu muda ini.

Ibu muda ini bernama Nadia, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak berusia 12 tahun. Beliau mempunyai 4 orang adik beradik yang kesemuanya berkerusi roda.

Nadia mempunyai 2 orang anak, seorang 3 tahun dan yang didukungnya itu berusia 4 bulan, mempunyai masalah penafasan sejak lahir. Pada awalnya, mereka mendapat bantuan zakat. Namun, setelah Nadia diceraikan suaminya, kebajikan masyarakat tidak lagi menyambung bantuan kewangan menyebabkan Nadia terpaksa meminta derma.

Kami berbual panjang, tetapi saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kehidupan dia sangat susah, kakak kepada bekas suaminya mahu menuntut penjagaan kedua-dua anaknya melalui mahkamah. Ya Allah, berat betul dugaan Nadia.

Kasihan kan? Sebenarnya tangan Nadia tidak kuat sangat nak pegang anaknya itu. Semasa dia datang ke situ, hanya membawa sebotol susu (5 oz) berbekal susu untuk anaknya. Bukan dia tak nak bagi susu badan, tetapi tengoklah keadaannya, kita pun boleh agak.

No telefon 014-2232108 (Nadia)

NO AKAUN BSN
1110541000061723
(NURFITRI NADIA BNTI MD DAUD)

Andai post saya ini diviralkan, ketahuilah bahawa saya telah meminta kebenaran dari Nadia sendiri. Saya berharap, rakyat Malaysia yang pemurah dapat membantu Nadia agar nasib Nadia dan anaknya terbela. - Haslina

No comments:
Write comments