Lek Lu

Wednesday 27 April 2016

[Video] Chill, Tu Kan Hari Sabtu

gty_black_friday_shopping_jt_111120_wblog

Gambar sekadar hiasan.

Baru-baru ni di Kuala Terengganu, viral kisah seorang remaja berusia 20-an yang dibelasah oleh orang awam kerana menyangka lelaki tersebut telah mencuri. Tanpa usul periksa mereka menangkapnya dan terus memukul sehingga dia mengalami kecederaan. 

Ekoran dari kejadian tersebut, seorang kakitangan pasar raya keluar dan memberitahu kepada orang awam bahawa remaja tersebut  telahpun membuat pembayaran. Memandang hari tu merupakan hari Sabtu, pasar raya tidak lagi membekalkan beg plastik secara percuma.

Ok, kami tak nak fokus pasal kes kena belasah ni tapi kami nak kongsikan anda tentang hari Sabtu, hari tanpa plastik ni yang mungkin ramai yang tak aware lagi pasal ni.

5 benda yang anda perlu tahu tentang hari tanpa plastik:

1. Setiap hari Sabtu merupakan hari tanpa plastik.

2. Kempen tanpa beg plastik ini telahpun bermula sejak tahun 2011 cumanya ia ini dijalankan secara berperingkat.

3. Kalau nak plastik boleh, tapi akan dicaj 20 sen bagi setiap plastik.

4. Bayaran 20 sen yang dikenakan akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

5. Masyarakat masih lagi tidak sedar bahawa kemerosotan kualiti udara hari ini adalah berpunca dari aktiviti pelupusan sampah melalui pembakaran terbuka. Jadi, agi memastikan kita semua mendapat persekitaran yang sihat dan selamat, penggunaan hari tanpa plastik telahpun dilaksanakan seminggu sekali.

Kesimpulannya, bila anda lihat orang baru keluar dari pasar raya bawa barang yang banyak tanpa plastik, jangan terus belasah mereka. Kalau rasa was-was takut dorang ni mencuri, ambil inisiatif untuk tanya mana resit.

No comments:
Write comments