Kebiasaannya, kalau kita makan tembikai pasti akan ludahkan biji tembikai. Ada juga yang buat pertandingan “menembak” dengan biji tembikai bersama rakan-rakan. Tetapi mungkin ramai yang tak tahu, terdapat manfaat kesihatan dalam biji tersebut?
Beberapa kawasan di Asia dan Timur Tengah memanggang biji tembikai dan dimakan sebagai snek atau dicampur dengan salad. Di Negeria pula, ia dijadikan bahan dalam penyediaan sup. Ada juga yang minat mengunyahnya secara mentah-mentah.
Antara faedah nutrisi yang terdapat dalam biji tembikai ialah:
1. Magnesium
Salah satu daripada mineral yang terdapat dalam biji tembikai adalah magnesium. Ia penting untuk memantapkan fungsi metabolik badan, selain mengekalkan keadaan saraf danfungsi otot, jantung, juga untuk kesihatan tulang.
2. Iron
Segenggam biji tembikai mungkin mengandungi kira-kira 0.29 mg iron atau zat besi. Zat besi adalah satu komponen penting dalam hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia juga membantu badan anda menukar kalori kepada tenaga.
3. Folate
Selain itu, biji tembikai juga mengandungi folate juga lebih dikenali sebagai asid folik atau vitamin B-9. Ia penting untuk mengatur fungsi otak dengan betul dan mengawal paras homocysteine. Folate juga amat diperlukan oleh wanita mengandung kerana kekurangan folate boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
4. Lycopene
Lycopone yang terdapat dalam biji tembikai adalah baik untuk kesuburan lelaki kerana akan mengurangkan risiko bentuk sperma yang tidak normal dan bersifat anti-kanser yang dapat mencegah daripada kanser prostat.
5. Amino acid
Asid pun bagus ker? Ya! ini adalah amino acid atau dalam bahasa melayunya asid amino yang membantu serapan kalsium ke dalam tulang agar lebih kukuh, menggiatkan pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma dan fungsi sistem kardiovaskular. Ia juga baik untuk kesihatan seksual.
Jadi lepas ni, makanlah tembikai sekali dengan biji-bijinya!
The post 5 Manfaat Nutrisi Yang Anda Boleh Dapat Dalam Biji Tembikai! appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments