Lek Lu

Monday 25 April 2016

10 Khasiat Kesihatan Daripada Buah Nangka

Siapa yang tak kenal buah nangka? Kalau ada yang tak kenal, anda mesti wajibkan diri anda untuk balik ke kampung dan lihat sendiri rupa buah nangka. Jangan tersilap pula antara nangka dan cempedak!

jackfruit-9672612823dce73bcdae08b37a708d8692d248d5-s900-c85

Untuk yang tidak tahu, Nangka adalah spesies pokok yang dipunyai oleh keluarga mulberi yang berasal dari bahagian Selatan seperti India, Bangladesh, Sri Lanka dan Asia Tenggara seperti Filipina, Malaysia, Thailand, Indonesia. Ia ditanam di kawasan beriklim tropika.

Isinya sangat manis dan berwarna kekuning-kuningan apabila sudah masak. Isi buah nangka boleh dimakan mentah-mentah atau dimasak seperti dalam hidangan gulai nangka. Khasiatnya sangatlah banyak berdasarkan kadar nutrisinya.

jackfruit-nutrition-facts

Mari kita lihat apakah faedah buah nangka untuk tubuh badan manusia:

1. Menguatkan sistem imunisasi

Nangka adalah sumber terbaik vitamin C yang dapat melindungi daripada jangkitan virus dan bakteria. Vitamin C juga membantu menguatkan fungsi sistem imun dengan menyokong fungsi sel darah putih.

2. Melindungi daripada kanser

cc81df4d8cb1c8d1050d0434098cd54c

Buah nangka juga kaya dengan fitonutrien seperti lignan, isoflavon dan saponin yang mempunyai anti-kanser dan anti-penuaan. Kandungan fitonutrien ini membantu menghapuskan radikal bebas penyebab kanser dari badan dan melambatkan kemerosotan sel-sel yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit degeneratif.

3. Baik untuk sistem penghadaman

Serat yang tinggi dalam buah nangka dapat mencegah sembelit dan membantu melancarkan pergerakan usus. Ia ini juga memberi perlindungan kepada colon mucous membrane dengan menyahkan bahan kimia karsinogenik dari usus besar.

4. Mengekalkan mata dan kulit yang sihat

c606781b90a6bb9eebd45058139b6fb8

Selain itu, buah nangka mengandungi vitamin A yang baik untuk mengekalkan mata dan kulit yang sihat. Ia juga membantu mengelakkan masalah berkaitan penglihatan seperti degenerasi makular dan rabun malam.

5. Meningkatkan tenaga

Buah ini juga dianggap sebagai buah yang dapat menjana tenaga anda untuk kegunaan seharian kerana mengandunig kadar gula ringkas seperti fruktosa dan sukrosa yang memberikan anda rangsangan tenaga secara serta-merta.

6. Menurunkan tekanan darah tinggi

tyu

Makan nangka pun boleh turunkan tekanan darah? Ya! Kandungan kalium dalam nangka didapati dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

7. Merawat asma

Akar pokok nangka dipercayai dapat membantu mereka yang mengalami asma. Petuanya, didihkan akar pokok nangka dan minum!

8. Menguatkan tulang

ra1

Buah ini sangat kaya dengan magnesium, iaitu nutrien yang penting dalam penyerapan kalsium dan juga bekerjasama dengan kalsium untuk membantu menguatkan tulang dan mencegah masalah gangguan tulang seperti osteoporosis.

9. Mencegah anemia

Bagi penghidap anemia atau sel darah rendah, buah ini sangat baik untuk anda! Ia  mengandungi zat besi yang membantu mencegah anemia dan juga memastikan peredaran darah yang betul di dalam badan anda.

10. Mengekalkan tiroid yang sihat

kelenjar-tiroid

Copper merupakan micromineral yang memainkan peranan yang penting dalam metabolisme tiroid, terutama dalam pengeluaran hormon serta menjaga tiroid dan anda boleh dapatinya dalam seulas buah nangka.

Nangka, manis dan menyihatkan!

 

The post 10 Khasiat Kesihatan Daripada Buah Nangka appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments