Lek Lu

Wednesday 27 April 2016

15 Tahun Abadikan Diri Bawa Manusia, Gajah Ni Mati Sewaktu Bawa Pelancong

1_40

Sumber: Dailymail Oleh: Aimi Nordin

Destinasi yang menjadi pilihan pelancong jika pergi ke Thailand atau pun Cambodia semestinya untuk ambil peluang menaiki gajah. Memang betul rasa seronok sangat boleh naik atas gajah sebab saiz badan mereka yang besar dan tinggi.

Tapi tahukah anda yang gajah sebesar itu sebenarnya tak mampu untuk membawa berat manusia. Ya, tulang belakang mereka tidak kuat sama seperti zebra.

Terbaru seekor gajah bernama Sambo, 40 mati kerana serangan jantung sewaktu membawa dua orang pelancong di kuil Angkor Wat. Sambo dikatakan bekerja 40 minit tanpa henti di bawa cuaca yang panas yang hampir mencecah 40 darjah.

Pakar veterinar mengesahkan gajah betina ini mati disebabkan serangan jantung kerana suhu yang tinggi, keletihan haba dan kekurangan angin yang akan membantu untuk menyejukkan beliau.

Jadi tolonglah, jika anda berfikir untuk menaiki gajah fikirkan semula tindakan anda. Apa kata anda pergi ke santuari gajah dan belajar mengenai gajah daripada biarkan mereka bawa anda.

No comments:
Write comments