Lek Lu

Saturday 30 April 2016

AL-FATIHAH UNTUK PAK MAN (OKU)


KUALA NERANG - Abd Rahman Saud, 64, orang kurang upaya (OKU) pernah mendapat perhatian media setelah ibunya, Tok Meliah, meninggal dunia 8 bulan yang lalu, dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi semalam.

Pernah terlintas di fikiran, bagaimana anaknya itu akan meneruskan tanpa ibunya di sisi. Siapa yang akan menjaga makan minumnya, keperluannya dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda.

Namun, Abd Rahman Saud dilaporkan telah menhembuskan nafas terakhirnya di rumah Kampung Nako Nambua, Kuala Kerang, jam 5.30 pagi semalam.



Tak perlu lagi baring untuk makan, tak perlu lagi mengesot untuk bergerak, tak perlu lagi meniarap untuk minum. Dan yang lebih utama, anak syurga ini tidak perlu lagi merindu ibunya yang telah pergi terlebih dahulu. Kini mereka pastinya sudah bersama-sama.

Lapor Astro Awani, Pak Man meninggal dunia akibat sakit tua.



Di media sosial, netizen tidak putus-putus mengucapkan takziah dan sedekahkan al-fatihah kepada kedua anak beranak ini.

"Kasihnya ibu dan anak. Jarak memisahkan mereka tidak lama. Tok Meliah pergi menemui Penciptanya. Kini anaknya pula melangkah sama. Subhanallah. Allah Maha Besar. Terharunya.. alfatihan buat arwah berdua," kata Anis Yusyanis. - SUMBER

No comments:
Write comments