Lek Lu

Tuesday 26 April 2016

Anda Sakit Tekak? Cuba 6 Petua Semulajadi Ini Untuk Legakannya

Sakit tekak, masalah yang nampak kecil tetapi boleh menyebabkan sesiapa yang mengalaminya rasa rimas dan payah. Lagi-lagi bagi orang bekerja yang memerlukan kepada penggunaan suara seperti cikgu dan pelatih sukan.

Pelbagai sebab boleh terjadinya masalah sakit tekak ini. Antaranya virus, jangkitan pada tongsil, tercekik tulang dan cuaca terlalu panasa sehingga tekak kering dan luka. Bila dah kena masalah ini, mulalah payah nak bercakap, suara tak keluar dan nak telan makanan pun payah.

 

Jadi, takkan nak biarkan ia baik sendiri?

Kalau anda pergi hospital, biasanya anda akan dapat ubat ubatan seperti ini:

  • Paracetamol… Efektif dan selamat. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak.

    Paracetamol is the world's favourite analgesic … but could it cause heart attacks?

  • Lozenges… Ubat kemam untuk tekak yang boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

Colorful lozenges in blisters isolated on white background.

Namun, ada beberapa petua tradisional yang dapat bantu anda legakan masalah ini.

 

Antara petua tersebut ialah:

1. Secawan teh dengan kulit kayu manis

cinnamon-tea-health-benefits-cinnamon-tea-for-weight-loss

 

Anda hanya perlu bancuh secawan teh dengan sedikit gula, kemudian campurkan kulit kayu manis ke dalamnya. Mungkin rasanya agak sedikit payau tapi boleh memulihkan kembali sakit tekak, juga untuk penyakit batuk.

 

2. Madu

madu

Cara lain adalah dengan mengambil madu. Cukup sekadar sesudu madu untuk melegakan dan melembabkan kembali rongga tekak anda. Anda juga boleh cuba petua dengan melarutkan sesudu madu, setengah biji lemon ke dalam air suam dan minum. Tapi ingat, minum madu, jangan tambah “madu”!

 

3. Air asam jawa

Wedang-Asam-Gula-Jawa

Petua ini yang paling orang selalu buat. Larutkan asam jawa ke dalam air tanpa campuran gula dan minum. Pasti akan segar kembali tekak anda.

Ada juga petua lain iaitu dengan anda bakar sedikit asam jawa hingga hangus, kemudian tumbuk halus-halus dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Selepas siap, anda hanya perlu sapukan di bahagian tekak anda yang sakit.

 

4. Air garam

029496300_1452311175-Manfaat-Tak-Terduga-Berkumur-Air-Garam_061726 (1)

Berkumur dengan air garam didapati dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat sakit tekak. Air garam didapati dapat mengurangkan bengkak pada anak tekak anda dan mengurangkan pembiakan bakteria pada kawasan tersebut.

 

5. Minum air mineral

Perbedaan-Air-RO-dan-Mineral

Kembali kepada fitrah manusia kembali yang memerlukan air yang mencukupi untuk keperluan badan. Perbanyakkan minum air, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas kini. Bukan sahaja dapat mengekalkan kelembapan tekak, bahkan dapat menstabilkan suhu badan anda.

Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, air suam juga digalakkan untuk minum selalu ketika mengalami sakit tekak kerana ia melegakkan dan menggalakkan penyembuhan

 

6. Bawang putih

bawang-putih

Bawang putih juga dikenali sebagai kaedah semulajadi untuk melegakan sakit tekak kerana ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria semulajadi. Caranya, ambil ulas bawang putih segar, potong menjadi dua dan hisap bahagian yang berair.

Sebagai alternatif, anda juga boleh minum air bawang putih. Hanya letakkan beberapa ulas bawang putih dalam setengah cawan air dan biarkan semalaman. Minum pada waktu pagi akan datang.

Tekak yang sihat menjadikan hidup anda ceria!

 

The post Anda Sakit Tekak? Cuba 6 Petua Semulajadi Ini Untuk Legakannya appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments