Sumber: Daily femail Oleh: Aimi Nordin
Video work out tapi dapat 23 juta tontonan hanya di Facebook. Wow!
Bila dah ramai share mestilah ramai juga yang tengok kan. Seorang lelaki Brent Kruithof, 32 dapat idea untuk memulakan bisnes Flyup Fitness setelah dia tiada masa untuk bersenam sejak bekerja sebagai akauntan di salah sebuah firma terkemuka.
Jadi dia ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus kepada bisnes ini dengan isterinya Katie, 31. Tapi video work out ni mendapat tontonan hingga 23 juta kerana bukan Brent dan isterinya sahaja yang bersenam malahan juga anak-anak mereka yang masih kecil.
Melihat saja video yang dikongsi, bukan sahaja mencuit hati tetapi sangat mudah kerana ianya hanya dilakukan di rumah dengan anak-anak mereka sebagai ‘beban’ untuk bersenam.
Apa lagi kalau kat rumah pun boleh bersenam, dah tak ada alasan untuk tak amalkan gaya hidup sihat.
No comments:
Write comments