Lek Lu

Monday 25 April 2016

Maut, Terkena Batu Dibaling Monyet

ab820b16-f9f1-47e9-8c20-bc88c8a07ae5

Bekas pengerusi kepada syarikat gula-gula White Rabbit (yang popular di Malaysia satu ketika dahulu) maut selepas terkena batu yang dibaling oleh seekor monyet di kawasan pergunungan Yuntai yang terletak di Wilayah Henan.

Ketika kejadian, Weng Mao, 67, mahu mengambil gambar di lokasi tersebut. Menurut laporan Daily Mail, Mao maut ketika menjalani rawatan di hospital dan pihak Pengurusan Gunung Yuntai turut mengesahkan perkara itu.

Hasrat beliau untuk menghabiskan usia tuanya dengan mengembara berakhir dengan tragedi.

No comments:
Write comments