ALAHAI… ada juga manusia sanggup bertindak kejam sebegini mewarnakan haiwan comel dengan pen dakwat kekal.
Dua ekor anak kucing berusia empat minggu yang diwarnakan dengan pen dakwat kekal ini pula bukan mangsa prank semata-mata, tetapi sebenarnya ditandakan untuk menyertai satu sukan ganas.
Menurut salah seorang kakitangan Bradford Cat Watch Rescue Kittens (BCWRK), kod warna pada anak kucing tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti sukan yang tidak bertamadun, di mana haiwan comel itu akan dicampakkan ke arah sekumpulan anjing.
Warna-warna pada badan anak kucing itu ditanda untuk memudahkan penonton membuat pertaruhan ke atas haiwan yang mereka pilih dalam menentukan yang mana akan dibunuh anjing dahulu.
Menurut kakitangan BCWR Katie Lloyd, insiden kejam seumpama itu bukan pertama kali dilaporkan. Sekiranya anak kucing itu tidak diselamatkan, maka ia akan mati dalam masa satu atau dua jam.
Katie Lloyd bersama Smurf dan Shrek
Dua anak kucing malang diwarnakan dengan dakwat kekal yang berjaya diselamatkan itu diberi gelaran Shrek dan Smurf oleh kakitangan pusat haiwan. –
No comments:
Write comments