Lek Lu

Friday 29 April 2016

LOGO PELANCONGAN 'CINCAI' BERNILAI RM15,000, DATUK BANDAR KL TAMPIL BERI PENJELASAN



Kuala Lumpur, 29 Apr: Sejak semalam, logo pelancongan yang dibuat oleh DBKL mendapat kritikan orang ramai berikutan 'rekaan' yang terlampau mudah dan dikatakan menelan belanja sebanyak RM15,000.

Susulan itu, Datuk Bandar KL, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, kos RM15,000 yang dinyatakan bukanlah untuk rekaan logo itu semata-mata tapi kos tersebut termasuk kos pelancaran dan promosi.

Malah, beliau juga berkata logo tersebut ditaja oleh syarikat persendirian.

“Ia untuk banyak benda. Untuk pelancaranlah dan semuanya,” kata Mhd Amin kepada media selepas pertemuan dengan wakil rakyat ibu negara di sini.

“Logo itu ditaja sebuah syarikat persendirian. Sekarang dalam pelancongan kita ada banyak penaja bersama.”




Logo pelancongan yang dikritik netizen

Logo tersebut sebelum ini dikecam oleh orang ramai yang menyifatkan ianya terlalu mudah dan ada yang menyifatkan logo itu hanya memerlukan masa 5 minit untuk disiapkan dan ada juga yang mendakwa logo terbabit hanya menggunakan templat. - Siakapkeli.my




Netizen mendakwa logo tersebut guna templat.

No comments:
Write comments