Lek Lu

Friday 29 April 2016

"AKU KENA 'GAME' DENGAN MALAYSIAN DI UK...."


Kau tahu, di UK 'agreement' cukup dengan janji mulut sahaja. Kalau kau sakit, cakap mulut saja pada majikan kau tak boleh datang office. Email pun boleh, tak payah guna surat MC.

Kalau kau beli baju, kau dah pakai tetapi selepas itu rasa tak suka. Baju boleh dipulangkan dan diganti dengan yang lain atau minta duit dikembalikan. Money back guarantee. Mereka tak banyak songeh, siap minta maaf lagi sebab barang tak sesuai.

Senang cakap, apa yang mereka janjikan, itulah yang mereka akan buat. Tak payah susah buat agreement, surat akuan dan sebagainya. Integriti tinggi, mereka hargai orang yang berpegang pada kata-kata. Kata-kata itu adalah satu janji, boleh dipegang.

Tapi kau tahu, ada juga orang Malaysia yang datang sini buat perangai kurang adab. Datang London beli backpack. Selepas dua minggu pakai, sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur, singgah kedai itu dan pulangkan balik backpack. Kata tak sesuai. Dapat pakai backpack baru secara percuma, duit pun dapat balik.

Di sini, beli iPhone kontrak 2 tahun tak payah bayar deposit. Dapat iPhone terus cabut balik Malaysia. Dapat iPhone free.

Dan hari ini, tetamu yang berjanji nak datang ke homestay aku, tak jadi datang. Selepas beria-ria berjanji, akhirnya tak muncul. Cuba hubungi mereka, tak dapat. Reply mesej pun tidak. Maklumkan tak jadi datang pun langsung tidak.

Aku rasa kena game dengan Malaysian di UK. Ironinya, aku kena kelentong bukan dengan orang UK, tetapi orang Malaysia sendiri sebab aku bersikap budiman seperti orang di UK.

Aku yang tersilap dan terlupa bahawa Malaysian ini 'unik'. Kalau di UK, orang tak langgar kau tapi orang minta maaf. Di Malaysia, dia langgar tapi kau pula yang kena marah. Siap kena jeling sampai tembus badan. Inilah sebab aku 'sayang' Malaysia ketat-ketat. SInikal.

Bukan semua Malaysian seperti ini. Tapi kau orang pernah tak jumpa Malaysian di luar negara buat perangai seperti ini? Malu ah. Abuse sistem negara orang. Aku rasa nak tampar saja tetapi aku berhati tisu. Doa sajalah yang aku mampu. - Irwan Dahnil, Glasgow, Scotland

No comments:
Write comments