Ada sesetengah ibu bapa yang suka menakut-nakut anak mereka dengan kisah-kisah seram dan ini adalah antara sebab kenapa berlakunya histeria, jelas Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad.
Kebanyakan keluarga terutamanya yang berbangsa Melayu gemar menanam rasa takut dalam diri anak-anak mereka.
Sikap seperti ini akan mengakibat anak-anak takutkan hantu dan makhluk halus dan menyebabkan mereka terbawa-terbawa sehingga berlakunya histeria.
Tak dinafikan memang ada bangsa-bangsa lain yang pernah kena histeria namun ianya hanya dalam peratusan kecil sahaja.
Selain itu, faktor psikologi juga turut menyumbang kepada histeria ini, contohnya ketika badan terlalu penat, hati tak tenteram dan susah hati.
Menurut Datuk Mohamad Shukri, dalam Islam tidak dinafikan mengenai kewujudan makhluk halus namun orang Islam perlu tahu bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk dicipta Allah.
Sumber: Bernama
No comments:
Write comments