Lek Lu

Tuesday 26 April 2016

Bukan lagi maxis, pelanggan teramai telco kini milik digi


KEDUDUKANMaxis yang selama ini selesa sebagai syarikat telekomunikasi pilihan utama rakyat Malaysia telah dirampas oleh jenama yang popular denganmaskot orang kuning, Digi.

Cartaini diperolehmenerusi keputusan auditbagi suku pertama 2016 yang dibentangkanDigi.Com Bhd menunjukkan mereka kini memiliki 12.34 juta pelanggan (10.43 juta pengguna prabayar /1.9 juta pascabayar) sekaligus mengalahkan Maxis.
Digital News Asia melaporkan, Digi mengalami5.5 peratus pertambahan berbanding keseluruhan jumlah pelanggan mereka pada tahun lepas.
Bukan Lagi Maxis, Pelanggan Teramai Di M'sia Kini Milik Digi
Maxis yang berdepan dengan pelbagai isu melibatkan pengguna kebelakangan ini pula, berada di tempat kedua dengan 12.31 juta pelanggan.
Apa yang menarik, pilihan rakyat pada masa kinidiambil alih syarikat telekomunikasi yang bermula sebagai talianunderdog berbanding jenama Maxis yang lebih kukuh bertapak.
Bagaimanapun, Digi sememangnya telah melakukan penambahbaikan yang bersungguh-sungguh dan drastik terhadap khidmat 4GLTE hingga kawasan litupan mereka telah mencecah 73 peratus daripada populasi negara.
Bagi LTE-A pula kawasan litupan Digi merangkumi 33 peratus populasi negara. Pada tahun lepas Digi telah melabur sebanyak RM904 juta untuk jaringan telefon bimbit dan mengeluarkan dana RM171 juta hanya untuk perbelanjaan bagi suku pertama 2016.
Buat masa ini Digi dan Maxis sahaja yang telah mengumumkan laporan suku pertama 2016.
Sebuah lagi syarikat telekomunikasi popular negara, Celcom dicatat mempunyai 12.25 juta pelanggan pada tahun lepas. Apakah laporan suku pertama bakal menyaksikan mereka berada di tangga pertama, kedua atauseterusnya?
Apa yang pasti Kisah Maxis dan Pelanggannya harus dijadikan iktibar kepada pengusaha syarikat telekomunikasi pada hari ini supaya jangan terlalu galak mengejar keuntungan hingga bermain silap mata untuk menyedut duit pengguna.
Pada zaman informasi di hujung jari, para pengguna boleh menaikkan dan menjahanamkan sesuatu perniagaan dalam sekelip mata sahaja. Bersainglah secara sihat menerusi pakej dan tawaran harga paling berbaloi dan anda pasti meraih untung besar tanpa dicerca pengguna secara beramai-ramai di alam maya. MYNEWSHUB.CC


No comments:
Write comments