Lek Lu

Thursday 28 April 2016

3 Langkah Berkesan Untuk Elakkan Anda Daripada Jangkitan HIV/Aids

Rasanya Kebanyakan masyarakat kita sudah mengenali apakah itu Human Immunodeficiency Virus atau singkatannya HIV ini.

Untuk yang tidak tahu, HIV adalah virus yang menyerang sistem imun manusia sehingga menyebabkan terjadinya AIDS, iaitu sindrom kurang daya tahan, penyakit yang merosakkan dan melemahkan sistem imun badan terhadap jangkitan.

aids

HIV ini adalah salah satu masalah kesihatan yang paling serius di dunia dan dianggap sebagai salah satu penyakit pembunuh! Menurut kajian, setiap tahun kira-kira 8-10 juta orang dijangkiti penyakit ini dan lebih daripada 2 juta sedang meninggal dunia daripadanya.

Living-Proof-6

Buat masa sekarang, tidak ada lagi cara perubatan moden yang mampu merawat penyakit ini, sekadar mengawal sahaja. Jadi, pencegahan adalah langkah terbaik untuk menangani masalah ini. Antara langkah pencegahan yang disyorkan ialah:

1. Elakkan sentuhan/pindah dengan darah yang dijangkiti

blood_transfusion

Antara cara yang mudah terkena virus ini ialah melalui pemindahan darah dengan darah yang telah dijangkiti HIV. Walaupun sistem di hospital sudah canggih untuk mengesan samaada darah yang didermakan dijangkiti HIV atau tidak, tetap ada kes-kes di mana ada pesakit yang menerima darah yang telah berjangkit. Jadi, berhati-hatilah!

Ia juga boleh berlaku melalui sentuhan. Elakkan terpegang luka orang yang dijangkiti HIV sebab dengan cara itu juga anda boleh dijangkiti secara tidak sengaja. Tapi jangan sampai anda meminggirkan orang tersebut kalau sudah tau dia mempunyai HIV.

2. Berhati-hati dengan jarum suntik dan alat pembedahan!

peralatan bedah

Ini pun sama. Jika anda perlu melakukan pembedahan, pastikan dengan doktor atau petugas di hospital atau klinik itu bahawa setiap peralatan telah disterilkan dahulu dan mereka menggunakan jarum suntik yang baru. Ingat, pastikan ya!

metd_pf_3005_p53e

Selain itu, bagi yang suka bercukur di kedai rambut, anda juga kena pastikan dengan tukang gunting rambut bahawa mereka gunakan pisau cukur yang baru, bukan yang telah digunakan. Ada beberapa kes terjadinya jangkitan HIV disebabkan berkongsi pisau cukur.

3. Jauhi seks bebas

download

Inilah punca utama berlakunya jangkitan HIV. Percayalah, setiap agama di dunia ini semua melarang perlakuan seks bebas. Anda boleh semak dengan orang bijak pandai dalam agama anda. Terlalu banyak keburukan dengan seks bebas ini.

Untuk yang beragama Islam, ingatlah, Allah bukan sahaja mengingatkan untuk menjauhi seks bebas ini, bahkan melarang untuk mendekatinya pun!

“dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” (Al Isra’:32)

 

The post 3 Langkah Berkesan Untuk Elakkan Anda Daripada Jangkitan HIV/Aids appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments