Lek Lu

Saturday, 23 April 2016

"KALAU SEMUA KERJA RUMAH SUAMI BUAT, ISTERI BUAT APA? GOYANG KAKI?"


Semenjak tersebarnya kenyataan yang mendakwa bahawa segala kerja dan urusan rumah tangga adalah tanggungjawab suami, termasuklah memasak, menjaga anak, manakala isteri pula kerjanya hanya melayan suami, ramai yang menjadikan kenyataan itu sebagai alasan untuk 'menang' dalam debat rumah tangga yang berlangsung di media sosial.

Screenshot perbualan pasangan ini mengenai tugas memasak dan tanggungjawab suami yang tersebar di laman Facebook.




Tidak dinafikan, ada benarnya kenyataan itu. Namun, ada juga segelintir wanita yang tidak bersetuju dan menyatakan bahawa isteri juga perlu memainkan peranan, bukannya memberikan alasan.

"Tugas isteri adalah membahagiakan suami. Macam mana nak membahagiakan suami? Kalau suami suka balik kerja, makanan sudah terhidang, kita masak. Kalau suami suka balik kerja rumah dah kemas, kita sapu, mop dan kemas rumah. Kalau suami balik kerja suka tengok tandas bersih, kita cuci tandas setiap hari.

"Tugas isteri bukan melayan suami semata-mata. Tetapi tugas utama isteri adalah membahagiakan suami. Takkan semua kerja nak suruh suami buat? Di rumah, suami adalah raja, di luar isteri adalah permaisuri," kata Syarizat Nazirullah yang tidak bersetuju dengan wanita dalam perbualan mesej tersebut.

Bagi Syarizat, isteri adalah pengurus rumah tangga dan adalah menjadi tanggungjawab isteri, asalkan tidak bertentangan dengan syarak.

"Sebab tugas dia sebagai isteri adalah pengurus rumah tangga dan juga membahagiakan suami. Tugas suami pula adalah memimpin keluarga. Kena kaji betul-betul apa tugas isteri dan suami dalam Islam.

"Memang betul Nabi SAW kadang-kadang dia buat sendiri kerja-kerja di rumah, sebab Nabi SAW tidak pernah menyuruh isteri-isterinya buat kerja. Kenapa? Sebab isteri-isteri Nabi SAW sudah tahu tugas mereka. Tugas mereka adlaah membahagiakan suami," katanya yang menyarankan para isteri membaca 10 wasiat Nbi SAW kepada Siti Fatimah Azzahra r.a.

Fazrin Ghazali pula berpendapat, jika golongan wanita gemar menggunakan kata-kata itu sebagai alasan untuk tidak membuat kerja rumah, pasti akan membuatkan si suami terdetik mencari yang lain.

"Perempuan suka betul guna ini sebagai alasan. Kalau semua suami yang buat, habis isteri buat apa? Suami cari perempuan lain nanti, time tu barulah nak ternganga.

"Jangan peningkan kepala, isteri taat pada Allah dan suami dah cukup. Kalau suami suruh basuh, masak, kemas rumah, buat sajalah. Kalau suami tak suruh pun, bila suami pergi kerja, isteri buat apa di rumah? Layan Facebook, Twitter, Instagram bagai?

"Kau ingat kau diva? Banyak pula bunyi. Cakap sayang bagai nak rak, tetapi belas kasihan pun tak ada. Tak boleh hidup kalau suami tak ada semua, kononnya! Sekarang guna agama sebab nak jadi pemalas? Nanti suami guna agama kahwin lain, tak boleh terima pula," kata Fazrin.

Dalam soal menguruskan rumah tangga, suami isteri haruslah bantu membantu dan tidak berkira. Itulah kunci kebahagiaan yang sebenarnya. -  SUMBER


No comments:
Write comments