KUALA LUMPUR - Video seorang perempuan memarahi dan memukul seorang kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM), viral di media sosial hari ini.
Video berdurasi 2 minit 37 saat itu menunjukkan perempuan yang bernama Lisa ini berpakaian mencolok mata terbabit tidak berpuas hati dengan lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan melayani karenahnya. Malangnya, perempuan itu berterusan memprovokasi lelaki itu dengan memaki hamun dan memukulnya.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada pagi tadi.
"Pagi tadi, nampak perempuan ini di KTM. Kepala stim, cakap seorang diri, macam mental pun ada," kata Fizz Qish.
Menurut Aref Mohamad Nur Arif pula, perempuan ini memang berperangai seperti itu dan pernah menahannya sebelum ini.
"Dia memang macam ini. Saya pernah tahan dia sebelum ini. Dia suka buat hal seorang-seorang. Kalau dia rasa orang buat teguran pada dia, mulalah dia jadi huru hara seperti ini. Dulu dia berambut panjang dan suka menari-nari. Adakalanya dia speaking english dan mengakui banyak kenalan polis, siap dengan nama dan balai. Kononnya ada 'cable' kuat," katanya. - SUMBER
No comments:
Write comments