KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemandu Toyota Camry WXP 3293 mengekori sebuah ambulans yang sedang memandu laju menghantar pesakitnya, dikecam netizen.
Video berdurasi 1 minit itu jelas menunjukkan kereta terbabit dipandu dengan laju dan rapat, boleh mendatangkan bahaya pada ambulans dan pesakit di dalamnya.
"Perbuatan mengekori ambulans seperti ini adalah merupakan satu perbuatan yang amat berbahaya dan menyalahi undang-undang.
"Ambulans mungkin terpaksa menekan brek dan berhenti secara tiba-tiba. Kenderaan ynag mengekori rapat ini berkemungkinan akan melanggar ambulans yang sedang membawa pesakit dan petugas perubatan," kata Pegawai Perubatan Abdul Rahman Abdul Kadir, yang memuat naik video berkenaan di laman Facebooknya.
Jelas beliau, ambulans adalah kenderaan yang tidak stabil, tinggi dan mempunyai pusat graviti yang tidak rendah. Sedikit pelanggaran saja boleh menyebabkan ambulans terbabas dan terbalik.
"Kami membawa tong-tong oksigen yang mungkin boleh meletup dan meragut nyawa pesakit dan petugas kami. Hentikan perbuatan menghalang laluan ambulans dan mengekori ambulans seperti ini," katanya yang juga meminta Polis DiRaja Malaysia mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios berkenaan. - sumber
No comments:
Write comments