El Nino, cuaca panas melampau yang kini melanda Malaysia bukan sahaja memberikan kesan kepada manusia malah terhadap haiwan juga.
Bila cuaca dah terlalu panas binatang berbisa seperti ular mula mencari tempat perlindungan yang lebih sejuk.
Ular akan menyerang seseorang apabila mereka merasakan dirinya terancam.
Berikut merupakan tip penting jika dipatuk ular:
1. Bertenang
2. Cuba ingati rupa bentuk ular. Ini akan membantu doktor atau paramedik memberi rawatan yang lebih pantas dan bersesuaian.
3. Kurangkan pergerakan kerana ia akan membantu mengelakkan bisa merebak dengan cepat.
4. Jangan:
a) cuba menyedut keluar bisa
b) jangan letak ais atau sebarang ubat dan bahan kimia
c) jangan balut atau guna apa-apa bahan untuk halang aliran darah
5. Longgarkan pakaian jika anda memakai pakaian ketat.
6. Tanggalkan aksesori seperti jam dan gelang tangan.
7. Dapatkan bantuan atau hubungi 999
Apabila terserempak dengan ular:
Menurut David Mizejewski dari Persatuan Hidupan Liar Kebangsaan Amerika Syarikat:
1. Bertenang dan ambil langkah ke belakang perlahan-lahan.
2. Jika ular itu terlebih dulu melihat anda, ia akan melarikan diri atau akan memegunkan diri. Satu yang perlu diketahui, ular tidak suka bertemu manusia dan akan berusaha mengelakkan diri dari muncul di hadapan manusia.
3. Ular mematuk kerana merasa terancam. Kerana itu, jangan cuba buat apa-apa, seperti mengusiknya dengan ranting kayu atau cuba mengalihkannya.
4. Hubungi pihak bomba secepat mungkin.
5. Pastikan tiada semak samun dan batu-batan di kawasan rumah, kerana ia merupakan kawasan kegemaran ular untuk bersembunyi.
Apa lagi yang perlu diketahui?
1. Bagaimana untuk membezakan ular berbisa dengan tidak?
Kata Mizejewski, ular berbisa biasanya punya anak mata yang berbentuk slit manakala yang tidak berbisa mempunyai anak mata berbentuk penuh atau bulat.
2. Ular berbisa akan memberikan amaran sebelum menyerang. Ia akan menaikkan kepala dan mengeluarkan lidah.
3. Venom, atau bisa ular sebenarnya menyasarkan untuk memudahkan haiwan berkenaan membunuh makanannya, sebelum ditelan. Manusia yang dipatuk, adalah collateral damage, tindakan yang diambil ular untuk menyelamatkan diri.
4. Mereka yang pernah terselamat daripada patukan ular berbisa akan mempunyai sejenis antigen di dalam badannya.
Golongan ini memerlukan rawatan yang lebih agresif daripada biasa kerana patukan kedua berisiko memberi kesan yang lebih teruk. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga dan dapatkan info apabila berhadapan dengan haiwan berbisa seperti ular ini.
No comments:
Write comments