Mungkin ramai tidak sedar melayari onternet secara berlebihan sebenarnya sangat merbahaya terhadap manusia yang boleh menyebabkan penyakit berisiko tinggi seperti jantung , kanser malah lebih lagi. Namun tahukah kita mengapa dan bagaimana kita boleh mendapat penyakit berisiko ini?
Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia. Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga bermain game. Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.Walaupun bunyinya macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti, punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer, terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, ataupun ketika menonton televisyen.
computer 201x300 Bahaya Menghadap Komputer Lebih Dari 5jam Sehari!
Kajian ini telah dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4500 orang yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.
Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,
�Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125% lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,�
Kajian juga telah mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90% lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi salah satu punca masalah kesihatan.
Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari,
�Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama�.
Memang sukar untuk kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, malah ada yang menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari. Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam kajian tersebut bolehlah menggunakan penyelesaian yang telah dicadangkan.-selangor2u.com

No comments:
Write comments