Lek Lu

Sunday 24 April 2016

Selepas 14 tahun, aadc 2 bakal kembalikan nostalgia cinta-rangga


PEMINAT filem Indonesia yang menjadi fenomena 14 tahun lalu, Ada Apa Dengan Cinta (AADC) pastinya dah tak sabar mengetahui pengakhiran cinta di antara pasangan hero dan heroinnya, Rangga dan Cinta.
Bakal menghantui pawagam bermula 28 April ini, perhubungan cinta di antara Rangga dan Cinta bakal terungkap menerusi naskhah sekuel yang diarahkan oleh Riri Riza.
aadc4
AADC yang dibintangi Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra itu bukan sahaja menjadi bualan peminat-peminat wanita sebaliknya ia turut hits di kalangan penonton lelaki yang cukup tersentuh dengan jalan cerita filem ini sejak ia ditayangkan pada 2002.
AADC diarahkan oleh sutradaraRudy Soedjarwo.
Bagi mengembalikan ingatan anda yang mungkin sudah ingat-ingat lupa jalan ceritanya, filem ini mengisahkan tentang percintaan antara dua remaja iaitu Cinta dan Rangga yang tercetus menerusi minat mereka terhadap karya puisi-puisi indah.
Semuanya bermula apabila Cinta yang selalunya bergelar johan pertandingan puisi di sekolahnya tewas di tangan Rangga, seorang pelajar baharu di sekolahnya.
Selain plot percintaan Cinta dan Rangga, AADC turut menyelitkan subplot mengenai hubungan persahabatan penuh warna-warni di antara Cinta dan empat rakan baiknya, Maura, Alya, Carmen dan Milly.
aadc1
Hubungan Cinta dan Rangga terpisah selepas Rangga mengambil keputusan berhijrah ke kota New York bagi menyambung pengajian di sana.
Selain keunikan storyline, AADC juga diperindahkan lagi dengan koleksi runut bunyi yang dihasilkan oleh genius muzik Indonesia, Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed.
Pasangan suami isteri itu sekali lagi diberi tanggungjawab yang sama dalam AADC 2 untuk menghasilkan original soundtrack (OST) yang mampu serta setanding bagi menandingi lagu berhantu ciptaan mereka, Ada Apa Dengan Cinta dan Ku Bahagia.
aadc2
AADC 2 telah menjalani penggambaran di New York, Jakarta dan Jogjakarta mengisahkan pertemuan semula Cinta dan Rangga selepas 14 tahun terpisah.
Mampukah filem AADC2 mengembalikan kegemilangannya seperti 14 tahun yang lalu?
Sama-sama kita tunggu dan lihat bermula 28 April ini nanti! MYNEWSHUB.CC
Sumber: mynewshub


No comments:
Write comments