Saya dan isteri sudah berkahwin 10 tahun. Saya adalah perokok tegar dan sudah menjadi kebiasaan saya menghisap rokok dalam rumah.
Minggu lepas, saya hisap rokok depan televisyen dan anak-anak. Tiba-tiba isteri saya datang dan merampas rokok saya dan buang dalam sinki. Saya sangat marah sebab isteri kurang ajar dengan saya. Dia beri alasan sebab saya menghisap rokok di depan anak-anak.
Saya menjadi hilang kesabaran lalu naik tangan. Saya kecewa dengan tindakannya dan dia tidak memahami yang saya adalah perokok tegar yang suka mahu berhenti. Saya tak faham, susah sangat ke perempuan nak faham dengan lelaki menghisap rokok ini? Sanggup kurang ajar dengan suami sendiri sebab rokok.
Sudah 10 tahun saya bertahan, setiap kali saya menghisap rokok, mesti isteri saya akan membebel, marah-marah, tarik muka, hempas pintu bagai membuatkan hidup saya tertekan. Saya lihat orang lain tak ada pun berkelakuan seperti isteri saya yang terlalu mendesak saya berhenti merokok. Rokok saya sudah beribu-ribu kotak dibuang olehnya.
Saya berkongsikan cerita saya ini agar para isteri di luar sana mengambil iktibar agar jangan terlalu mendesak suami berhenti merokok dengan cara yang melampau. Jangan jadikan point saya hisap rokok depan anak untuk salahkan saya.
Saya tengok ramai lelaki di luar sana menghisap rokok di tempat awam. Tak menjadi masalah pun? Tiada orang nak marah mereka pun? Sekurang-kurangnya saya tak hipokrit hisap rokok sorok-sorok seperti budak sekolah. Tolonglah fahami keadaan saya sebagai seorang perokok tegar.
Sekarang kami dalam proses perceraian. Harap para isteri mengambil iktibar dari kisah saya ini. - KRT
No comments:
Write comments