Lek Lu

Saturday, 23 April 2016

Ayam nestum pedas.


Assalammualaikum, salam Ahad semua. Hari ni che mat masak menu yang amat ringkas dan semua orang boleh makan, kecuali mereka yang tak makan ayam. Biasanya che mat bikin guna udang, tapi sebab Bak che mat dia kena pantang makanan laut sebab penyakit gaot. Langkah selamat gantikan saja dengan ayam. Kalau guna ayam pilih isi bahagian peha tapi che mat ada dada ayam sahaja, boleh aje lah. Kalau daging peha, isi dia tak kering sangat, dada ni sedikit kering. Resipi ini memang senang dan seelok2nya lepas siap masak, terus hidangkan. Bagi yang tak makan nasi (mungkin diet), anda boleh juga ratah saja. Che mat guna kurang lebih 400 gram isi ayam. Jika anda bikin untuk anak2, anda boleh kurangkan penggunaan cili padi atau tak perlu taruk langsung, kesian kan anak2 kalau pedas. Nak mencuba? Che mat kongsikan resipi di bawah ini…
BAHAN – BAHANNYA ๐Ÿ™‚
400 gram isi ayam, dihiris memanjang, cuci dan toskan*
1/2 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*(*disatukan dan gaul rata)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan tepung gandum
3 camca besar mentega berkualiti
2 tangkai daun kari, dilurut
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi merah Thai, hiris halus
3/4 cawan nestum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh gula halus*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
CARA MEMBUATNYA ๐Ÿ™‚
  1. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil 1 hirisan isi ayam, gaul dengan tepung gandum, kemudian celop dalam telur dan gaulkan sekali lagi dengan tepung gandum, taruk dalam pinggan, buat hingga siap. Kemudian goreng dengan api sederhana hingga keemasan, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali tadi, panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi, guna api kecil. Kacau sentiasa. Masukkan nestum yang telah disatukan dengan bahan bertanda (*), gaul rata. Masukkan isi ayam tadi, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja…Selamat mencuba!
Sumber: tiffinbiru


No comments:
Write comments