Lek Lu

Tuesday, 3 May 2016

PENGOTOR, GAMBAR NENEK SURUH CUCU KENCING ATAS LANTAI PESAWAT JADI VIRAL


DASAR pengotor dan menjijikkan! Beberapa keping gambar memaparkan seorang nenek di China sengaja membiarkan kanak-kanak perempuan kencing di atas lantai pesawat, kini mendapat perhatian netizen.

Perbuatan yang boleh dianggap luar biasa itu dirakam oleh penumpang yang ketika itu dalam penerbangan domestik dari Zgengzhou ke Beijing.

Menurut lelaki yang memuat naik gambar tersebut di laman sosial, kanak-kanak perempuan itu memberitahu kepada neneknya dia mahu membuang air kecil.

Bagaimanapun gara-gara malas menemani cucunya ke tandas, nenek berkenaan dengan selamba membuka seluar kanak-kanak tersebut.





Beberapa minit kemudian, penumpang lelaki itu mendakwa terdengar bunyi air sebelum terkejut apabila melihat lantai pesawat dibasahi air kencing.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka dan menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang menjijikkan.

Kisah kurang enak mengenai sikap pelancong China ini sememangnya sudah acapkali didengar.

Sebelum ini, seorang wanita China dilaporkan membiarkan anaknya membuang air besar di bahagian tempat penyimpanan makanan dalam pesawat gara-gara mendakwa tandas pesawat
terlalu kecil.

Negara Jepun turut mengeluarkan risalah khas baru-baru ini, meminta Pelancong China menjaga etika ketika berada di negara itu. – SUMBER

No comments:
Write comments