Sumber: Sinar Harian. Oleh: Aimi Nordin
Semua orang ada What’s App group kan. Paling tidak pun akan ada satu group. Biasalah bila dah ramai dalam tu macam-macam perangai ada, macam-macam perasaan nak kena jaga. Lepas tu bila ada yang left group mula lah ada yang terasa lah, yang mengumpat kenapa dia left group dan sebagainya.
Tak kurang juga ada yang kata mereka yang left group ni semacam nak putusakan silaturrahim. Ada hukum keluar group What’s App ke? Haa ni ustaz Azhar Idrus jawab.
“Bila kita ‘left group’ bukan kita putus silaturahim…putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara ‘left group’ bukan sampai tahap begitu,”
UIA juga sarankan sebelum nak left group seeloknya jelaskan dulu sebab dan beritahu ahli yang lain supaya tak timbul prasangka buruk.
“‘Left group’ ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak grup.
“Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya… Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh ‘left group’ tiada masalah,” seperti yang dilapor Sinar Online.
UIA juga berpesan gunakan teknologi dengan cara yang betul.
“Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti ‘bagaimana untuk memasak dengan baik’ juga boleh dikongsi di media sosial,” katanya.
No comments:
Write comments