Bangun awal untuk penyediaan sahur kemudian bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja untuk menyediakan hidangan berbuka puasa akan menjadi rutin semua yang beragama islam dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.
Ramadan ini tak dapat dinafikan memerlukan ibu yang bekerjaya lebih tangkas dan cepat di dapur. Boleh saja kalau mahu berehat dan membeli juadah di bazar Ramadan tapi jika setiap hari ia akan menjemukan.
Jadi pilihan memasak sendiri adalah lebih baik malah menjimatkan terutama untuk keluarga besar. Justeru untuk memudahkan kerja di dapur di bulan Ramadan nanti, anda perlukan strategi. 5 tip memasak cepat di bulan Ramadan ini boleh anda praktikkan.
1. Rancang lauk pauk
Ini paling penting. Hari Ahad misalnya sebelum ke pasar rancang lauk pauk yang hendak dimasak supaya boleh terus membeli bahan mentah.
Saranannya, anda mungkin boleh rancang memasak hidangan kari, gulai lemak, sambal tumis atau sup setiap minggu tapi ditukar bahan utama untuk kelainan. Mungkin minggu ini kari ikan, selepas itu kari daging pula.
2. Bersihkan terus bahan mentah
Dari menu ini, beli bahan mentah yang diperlukan. Pulang dari pasar bahan mentah seperti ikan, ayah daging dibersih kemudian dibahagikan terus kepada beberapa bahagian sebelum disimpan dalam peti sejuk.
3. Sediakan stok cili dan bawang kisar
Paling utama sediakan stok cili kering, bawang merah serta bawang putih yang siap dikisar. Buat stok dalam tempoh seminggu Supaya nanti kita tak perlu lagi mengupas dan mengisar setiap kali memasak. Buat sekali stok untuk sambal belacan.
4. Buat pes
Jika mahu lebih cepat disarankan anda terus membuat stok untuk pes. Contohnya sediakan terus pes kari ikan. Pes tersebut telah siap ditumis bawang dan rempah kemudian disejuk beku. Ambil bila hendak digunakan.
Jadi proses memasak akan menjadilebih cepat kerana anda hanya perlu masukkan santan dan ikan. Selain pes kari, boleh juga membuat pes sambal tumis atau masak lemak.
5. Sediakan stok lauk siap dimasak
Langkah ini paling cepat. Anda masak dalam jumlah yang banyak kemudian asingkan untuk dua atau tiga bahagian. Simpan dalam peti dan panaskan masakan untuk hidangan berbuka atau sahur.
Cara ini mungkin lebih pada kaedah memanaskan saja yang mana kurang segar. Tapi untuk anda yang memang dikejar masa ini langkah paling cepat menyediakan hidangan di rumah.
Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Puasa bagi yang beragama islam dan selamat mencuba.
The post 5 Tip Memasak Jadi Lebih Cepat Di Bulan Puasa appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments