Lek Lu

Tuesday 31 May 2016

SHAMSUL YUSOF & ABANG LONG FADIL MENANGIS DI MASJID AL-RIDHUAN (VIDEO)


ANAK muda ini menempuh kehidupan glamor sebagai aktor dan pengarah filem terkenal. Filem-filem gengster dan penuh aksi ganas arahannya, meletakkan dirinya sebagai trendsetter filem Melayu masa kini.

Selain meletup, hampir semua filemnya berjaya mengaut keuntungan jutaan ringgit termasuk filem terbaharu Munafik yang mencipta rekod kutipan tertinggi RM20 juta dalam sejarah filem tempatan di pawagam.

Siapa tidak kenal Syamsul Yusuf. Usia mudanya penuh dengan rekod kejayaan demi kejayaan yang tidak pernah dinikmati mana-mana pengarah selepas kejayaan klasik lagenda Tan Sri P. Ramlee ketika di zaman kemuncak Studio Jalan Ampas Singapura pada dekad enam puluhan.

Dari dunia glamor layar perak, Syamsul kini memilih masjid sebagai pengisi jalan hidupnya. Malam minggu lalu, di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang, dengan dipenuhi lebih 600 jemaah yang bersesak-sesak, Syamsul muncul sebagai panel dialog Thank You Allah.

Dalam sesi selama hampir 2 jam yang bermula selepas solat Maghrib itu, Syamsul menangis berkongsi kisah hidupnya. Apa yang menjadikan dirinya terasa semakin kerdil dan dhaif ketika nama dan kegemilangannya sedang berada memuncak.




Abang Long Fadil

Syamsul muncul sebagai panel bersama Abang Long Fadil, 29, bekas gengster Singapura yang menghabiskan usia kanak-kanak dan remajanya selama 15 tahun di penjara atas pelbagai jenayah keganasan.

Selain Syamsul dan Abang Long Fadil, program Thank You Allah turut mengundang dua lagi panel, Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Sesi perkongsian pecah panggung ini mengalirkan airmata pengarah box office itu, ketika meluah rasa hati mengenangkan hidayah Allah yang membimbingnya ketika di mercu kejayaan.

Manakala Abang Long Fadil, menitiskan airmata mengenangkan kasih ibunya yang tega berdoa tanpa jemu sekali pun dirinya hidup sebagai munafik.

Semua kisah airmata ini dapat anda saksikan dalam #PenghijrahanFenomena yang akan disiarkan pada Khamis 10 malam di TV AlHijrah.

Saksikan perkongsian menarik penuh airmata luahan hati pengarah paling gengster di Malaya dan bekas gengster paling gengster di Singapura. Pasti banyak hidayah Allah yang mahu dijadikan teladan untuk sama-sama kita jadikan pedoman menuju jalan yang diredhai Allah.

#SegalanyaBermulaDisini TV AlHijrah. – sumber
 

No comments:
Write comments