Masih ada banyak tadika seperti ini. Bila ditegur, kita sangat sensitif. Bila dikorek-korek, rupa-rupanya sangat rigid dari pelbagai sudut.
Teknik pembelajaran? Method? Semuanya di meja sahaja. Di sini kita boleh nampak, tidak ada pemahamam dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sedangkan yang belajar PAKK pun belum tentu tahu pelbagai aspek dalam ECE. Apatah lagi mereka yang tak ada background.
6 tahun pertama yang sangat kritikal - bentuk pembelajaran perlu secara menyeluruh. Wajib untuk memahami pelbagai karektor kanak-kanak.
Jangan claim menggunakan Islam jika teknik pembelajaran tidak langsung memberi ruang pada multiple intelligence kerana, dalam Al-Quran sudah tertulis, perlunya menerima setiap manusia seadanya mereka.
Ya, saya sangat tidak setuju bila cara mengajar adalah 'pukul sama rata'. Kalau anak tersebut sememangnya aktif dan tidak boleh duduk diam, mana mungkin belajar untuk anak tadi perlu di meja tulis? Langsung tak sesuai!
Anda sebagai guru perlu berlari dan memanjat bersama anak tadi dalam proses pembelajaran! Sanggup tak?
Itulah soalan bonusnya. Ramai yang tak sanggup. Ramai yang control ayu mengajar kanak-kanak yang sedang dalam tahap bermain. Alih-alih, berikan komen yang tidak munasabah kepada si kecil.
Come'on anda yang terlibat, change! Fahami apa itu ECE sebelum anda menjalankan apa sahaja yang melibatkan anak-anak kecil. Anak-anak memang dilahirkan untuk bermain! Kalau rasa tak boleh cope, jangan buka tadika! Jangan sampai mesej yang salah pada ibu bapa!
Saya marah sebab masih ramai yang rigid seperti ini. Kasihan anak-anak yang ada potential tetapi tersekat disebabkan oleh mereka yang tidak ada ilmu. Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli
No comments:
Write comments