Lek Lu

Monday 30 May 2016

[Foto] Kanak-Kanak Ini Panjat Tebing Setinggi 800 Meter Untuk Ke Sekolah

climbing_to_school5

Imej dari Shanghaiist

Inilah laluan ke sekolah untuk kanak-kanak yang tinggal di perkampungan Atule’er, selatan Sichuan, China.

Kanak-kanak ini terpaksa memanjat tebing setinggi 800 meter untuk ke sekolah. Memandangkan laluan ini merupakan satu-satunya jalan untuk ke sekolah, mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa memanjat dan menuruni 17 batang tangga kayu.

Walaupun terdapat beberapa kejadian yang meragut nyawa, kanak-kanak dalam lingkungan 6 hingga 15 tahun tetap gigih berulang alik dari asrama sekolah untuk pulang ke rumah mereka, dua minggu sekali.

Setelah foto-foto mereka menjadi viral, netizen telah menggesa pihak berkuasa agar membantu mereka mencari penyelesaian bagi masalah berikut. Difahamkan pihak pemerintah telah membuat lawatan ke perkampungan tersebut dan bersetuju untuk membina tangga bagi menghubungkan perkampungan itu dengan dunia luar.

climbing_to_school

Imej dari Shanghaiist

climbing_to_school2-1

Imej dari Shanghaiist

climbing_to_school3

Imej dari Shanghaiist

climbing_to_school4

Imej dari Shanghaiist

climbing_to_school6

Imej dari Shanghaiist

climbing_to_school7

Imej dari Shanghaiist

climbing_to_school8

Imej dari Shanghaiist

 

Sumber: Shanghaiist

No comments:
Write comments