Johor, 30 Mei - Tengku Mahkota Johor, HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam postingnya semalam mendedahkan terdapat rancangan 'orang-orang besar' dan organisasi tertentu yang cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu lebih besar dalam negara bagi membolehkan mereka melaksanakan misi tanpa disedari.
TMJ berkata sedemikian menerusi satu posting di Facebook Johor Southern Tiger.
"Kadang-kadang ada antara pages-pages didalam sosial media diupah oleh sesetengah organisasi yang mempunyai kuasa supaya melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian isu-isu lebih besar dalam negara kerana ini membolehkan orang-orang dan organisasi tertentu melaksanakan misi mereka tanpa disedari manakala rakyat masih sibuk dengan hal hal yang lain.
"Rakyat kena pandai menilai sendiri. Saya bertuah dengan kedudukan saya ini, saya dapat melihat dan mendengar dengan mata dan telinga saya sendiri tentang apa yang dirancangkan oleh orang-orang besar dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui oleh rakyat-rakyat diluar sana.", kata TMJ.
Yang lebih mengejutkan, TMJ juga turut mendedahkan baginda pernah mempersoalkan kepada seorang individu yang tidak dinamakan mengapa kita tidak boleh meningkatkan taraf pelajaran dan baginda mendapat dua 'fakta' dari individu itu.
"Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada 2 fakta.
"Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran.
"Itulah sebabnya saya lebih memberi keutamaan kepada rakyat Johor dalam hal-hal pelajaran kerana saya tidak mahu rakyat saya mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara-perkara sebenar serta mengalih perhatian isu-isu besar daripada rakyat.", kata beliau.
No comments:
Write comments