Lek Lu

Monday 30 May 2016

"ISTERI ENCIK DITANGKAP KHALWAT BERSAMA TEMAN LELAKINYA....."


"Angkara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan rakan sekolah kembali berputik sehingga terjerumus ke lembah zina," kata seorang suami, Zamri (bukan nama sebenar), 47, selepas isterinya ditangkap khalwat bersama bekas rakan sekolah di sebuah hotel di Jalan Chow Kit, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, hati Zamri hancur selepas dimaklumkan polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) isterinya yang berusia 52 tahun ditangkap khalwat bersama lelaki yang juga bapa kepada 6 orang anak.

Zamri tidak menyangka tindakan ibu kepada 4 anak dan 2 cucunya itu terbabit membuat permohonan cerai sebelum ini hanya kerana mahu bersama dengan lelaki yang dipercayai bekas kekasihnya ketika di bangku sekolah dulu.

Perubahan sikap isterinya itu mula disedari selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan bagi mengumpulkan rakan sekolahnya di Setapak, Rampai, pada September tahun lalu.

"Pada tahun sama, saya turut diberhentikan kerja dan hanya melakukan kerja sambilan bagi mencari nafkah. Saya tidak menafikan isteri yang bekerja sebagai penjawat awam banyak menampung keperluan keluarga ketika itu, tetapi hidup kami tidak melarat.

"Namun selepas majlis itu, sikapnya mula berubah. Dia mula bersikap dingin, kerap merungut serta balik lewat. Apabila ditegur., dia merajuk dan membawa anak pergi tidur di kediaman kakaknya.

"Sehinggalah Disember lalu, dia meminta saya menceraikannya dengan alasan saya gagal memberikan nafkah zahir," katanya.

Isteri Zamri membuat permohonan cerai sebanyak dua kali di mahkamah. Namun Zamri tetap enggan melepaskan isterinya kerana masih menyayangi dan mahu mempertahankan rumah tangga yang telah dibina lebih dari 20 tahun itu.

"Mahkamah memberikan tempoh sehingga Ogos ini untuk kami berbincang bagi mencari penyelesaian kepada rumah tangga ini.

"Saya sudah kembali bekerja dan mampu menanggung keluarga sekiranya nafkah zahir menjadi alasan dia menuntut cerai. Bagaimanapun, dia tetap mendesak agar saya menceraikannya walaupun masih duduk sebumbung," katanya.

Menurut Zamri, dia pernah dimaklumkan oleh keluarganya bahawa mereka pernah ternampak isterinya keluar dengan lelaki lain di sebuah pusat beli-belah.

Pada mulanya dia enggan percaya sehingga dia mendapat bukti rakaman video.

"Saya cuba meminta penjelasan dari isteri. Namun dia menafikan dakwaan itu dan hanya menjelaskan yang dia hanya keluar dengan rakan sahaja.

"Malah, dia juga pernah membohongi saya apabila tidak pulang ke rumah dengan memaklumkan tidur di rumah rakan kerjanya .Tetapi saya jumpa resit bayaran hotel di dalam beg tangannya.

"Dari situ saya mula mengesyaki ada sesuatu yang cuba disembunyikan olehnya. Segalanya terbongkar pada malam kelmarin apabila dia ditangkap basah di dalam bilik hotel bersama teman lelaki lain," katanya. - HARIAN METRO

No comments:
Write comments