Lek Lu

Sunday 29 May 2016

"AMY LAWAT SAYA HANYA UNTUK TUNJUK KEPADA MEDIA...." YAZIT SEARCH



MAKIN lama, makin panas. Itulah yang boleh kami gambarkan tentang konflik yang berlaku antara ahli kumpulan Search dengan pemain dramnya, Yazit Ahmad.
BACA: ‘Sampai Hati Awie Cakap Saya Macam Itu’ – Amy Search

Terbaharu, Yazit, 54, yang merupakan pengasas Search mengeluarkan kenyataan bahawa vokalis kumpulan itu, Amy melawatnya di hospital suatu ketika dahulu tidak ikhlas.



Sebaliknya, dakwa Yazit, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman hanya mahukan perhatian media semata-mata.

Menurutnya, Amy melawatnya di hospital waktu itu ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

“Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

“Dia datang sendiri atau isteri saya hubungi? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu dia buat cerita lain. Kena paksa [datang] dengan isteri saya, bukan ikhlas,” katanya kepada ProjekMMO sewaktu menjalani rawatan hemodialisis di Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.

Pada minggu lalu, Amy menafikan mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Jelasnya, dia pernah melawat pemain dram itu dan mempunyai bukti gambar di hospital yang tidak didedahkan kepada umum.

Sementara itu, Yazit turut memberi amaran kepada ahli-ahli Search agar tidak mengeluarkan kenyataan berlebihan jika tidak mahu menerima akibat.

Jelasnya, satu buku mengenai Search akan diterbitkan tidak lama lagi dan sekiranya mereka berlebih-lebih, dia akan mendedahkan segalanya kepada umum.

Konflik antara Yazit dan Amy timbul setelah pemain dram itu mendakwa tidak menerima wang pendahuluan ‘Konsert Search 35 tahun’ sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis. –

No comments:
Write comments