Lek Lu

Sunday 29 May 2016

LELAKI DURJANA JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI BAHAN SEKS (VIDEO)


BIADAP!… Aksi seorang lelaki ‘selamba’ menghina kitab suci umat Islam, al-Quran dengan perlaku tidak senonoh malah menjijikan kini menjadi sensasi menerusi laman maya di seluruh dunia.

Kelakuan kurang ajar individu berkenaan bukan sahaja mampu mencetuskan kemarahan umat Islam, malah boleh menjejaskan keharmonian agama antara masyarakat majmuk di sesebuah negara.

Rakaman klip video berdurasi 47 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang berbaju warna jingga seolah-olah tidak waras atau dalam erti kata lain tidak sihat dari segi mentalnya.



“Allah is going to kill me, hidayah, hidayah”
“No, no Allah no”
” I love the Quran, look, look I love the Quran”
“Look at me as I lick the Quran”
“Look at me as I read the Quran”
“Look at me as I make love to the Quran.”


Menerusi klip video itu juga, lelaki tersebut dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Quran. Tambah biadap lagi, individu berkenaan menjadikan al-Quran sebagai ‘bahan seks’.



Tindakannya itu secara terang-terangan menghina agama orang lain. Tidak ada seorang pun manusia sanggup lihat agamanya diperlekeh oleh mana-mana individu, bahkan dinasihatkan untuk menghormati antara satu sama lain.

Tidak dapat dipastikan latar belakang kewarganegaraan individu berkenaan. Walau bagaimanapun pihak Mynewshub mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seumpama ini.

Diharapkan tiada lagi individu seperti penulis blog kontroversi Alvin Tan yang menjadikan agama lain sebagai bahan cercaan dan penghinaan.

Demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum terutamanya di Malaysia, sikap toleransi antara masyarakat berbeza agama, budaya dan pegangan harus diamalkan dan dipraktikkan. – SUMBER

No comments:
Write comments