Lek Lu

Saturday 28 May 2016

Wanita Sarat Mengandung Diikat, Disepak Terajang Dan Direjam Batu Walau Pulangkan Wang Dicuri




Zhejiang: Seorang wanita hamil diikat sebelum dipukul oleh sekumpulan penduduk di kampung Zhejiang semalam selepas dia didakwa mencuri wang tunai.

Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan ditangkap mencuri wang 900 yuan (RM600) dari rumah seorang penduduk bulan lalu.

Dia menyerahkan semula wang berkenaan dan penduduk kampung mengambil keputusan membiarkan dia pergi tanpa membuat laporan polis kerana dia hamil.

Wanita itu meninggalkan kampung berkenaan, tetapi apabila pulang 10 hari kemudian kelmarin, penduduk kampung berubah hati dan mengambil keputusan menghukumnya mengikut cara mereka.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita itu diikat dengan tangannya di belakang pada sebatang tiang sementara seorang penduduk menampar, menendang dan menarik rambutnya sehingga dia pengsan.

Polis berkata, mereka menangkap penduduk yang menyerang wanita berkenaan dan akan menahannya selama lapan hari serta mendendanya sebanyak 300 yuan (RM200).

Ini bukan kali pertama hukuman fizikal seumpama itu dilakukan di hadapan khalayak ramai di China.

Bulan lalu, seorang wanita dipercayai penyeludup kanak-kanak dipukul dan dibogelkan oleh penduduk di Hunan.

Tahun lalu, penduduk di Guanxi memaksa dua remaja melutut di tepi jalan raya dengan itik disumbat pada mulut mereka selepas mereka ditangkap mencuri haiwan peliharaan penduduk kampung. - Agensi
:)

No comments:
Write comments