UNIK dan luar biasa, itulah yang dapat digambarkan mengenai sejenis pohon pisang yang ditemui di wilayah Papua, Indonesia.
Pohon pisang gergasi yang dikenali sebagai Musa Ingens dan ditemui oleh individu bernama Jeff Daniells pada tahun 1989 ini nyata telah mengejutkan banyak pihak.
Pohon pisang gergasi ini dilaporkan tumbuh pada ketinggian 1,000 hingga 2,000 meter dari aras laut.
Jika purata panjang pohon pisang biasa ialah 2 hingga 5 meter sahaja, Musa Ingens mampu mencapai ketinggian sehingga 25 meter dan mempunyai diameter batang seluas 2 meter. Daunnya pula berukuran 5 meter panjang dan 1 meter lebar.
Musa Ingens mampu menghasilkan setandan pisang seberat 60 kilogram dengan panjang setiap biji buahnya berukuran 18 sentimeter (cm) dan berdiameter 3 hingga 4 cm, manakala bijinya pula rata-rata bersaiz 4 hingga 10 milimeter (mm).
Difahamkan, proses pembiakan pisang gergasi ini sangat susah kerana bijinya mengambil masa selama satu tahun atau lebih untuk bercambah dan ianya merupakan tumbuhan liar yang jarang-jarang ditemui. – SUMBER

No comments:
Write comments