Lek Lu

Friday 27 May 2016

BERGADUH DENGAN KEKASIH SAMPAI TERJUN BUNUH DIRI


GEORGETOWN - Seorang gadis berusia 21 tahun mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang di Jalan Gangsa itu, mangsa, Darshwim Premkumar, pelajar kolej swasta sebelum itu telah bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak.

Lapor Harian Metro, siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai kecewa lalu naik ke tingkat 16 dan meninggalkan seliparnya di kawasan koridor.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - SUMBER

No comments:
Write comments