New Delhi – Nandini, 19 tahun telah melahirkan bayi terberat di dunia seberat 6.8kg.
Bayi perempuan tersebut telah dilahirkan melalui kaedah Caesarean.
Kanak-kanak ini juga dipercayai telah mengatasi pemegang rekod bayi terberat di dunia, Carisa Rusack yang dilahirkan dengan 6.58kg di Massachesetts, Amerika Syarikat pada 2014.
Berat badan Nandini ialah 94kg dan tinggi 190cm tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang mengandung.
Doktor turut mengesahkan, Nandini mahupun anaknya tidak menghidap diabetes, yang kebiasaannya menyebabkan obesiti dalam kalangan bayi yang baru lahir.
No comments:
Write comments