Hari ini pet taxi aku bawa aunty ini pergi ke DBKL pound. Kisahnya, aunty ini kehilangan stray puppy yang dia selalu beri makan di belakang rumahnya.
Katanya, puppy itu baik. Tetapi malam Ahad yang lalu, jiran aunty beritahu puppy itu menyalak garang sebelum suara dia lenyap terus. Jadi, aunty syak puppy itu mungkin telah ditangkap oleh DBKL. Jadi hari ini bawa dia untuk tengok kalau-kalau puppy itu masih ada.
Malangnya, puppy yang dicari tiada di situ. Bermulalah aunty itu menangis mendayu-dayu mengenangkan di mana puppy itu berada. Dengan aku-aku sekali rasa sedih.
Banyak kali tawaf pound itu untuk memastikan dia tidak terlepas pandang. Tambah menyayatkan hati melihat seekor anjing betina yang baru lepas beranak, tetapi anak-anaknya mati kering di situ.
This place really like a hell for animals. Tengoklah sangkar-sangkar yang ada kucing itu. Kalau 100 kali orang seperti Muhamad Razeef Che Shamah dengan kak Norhayati Dahalin datang untuk membebaskan mereka pun, perkara itu takkan habis selagi ada mereka-mereka yang masih berdegil menentang pemandulan haiwan, pembuang kucing/anjing tegar, memilih baka-baka mahal sahaja untuk diadopt dan mereka-mereka yang suka komplen atas kewujudan haiwan-haiwan terbiar ini.
Memang tidak akan selesai masalah ini. Jadi usahlah merasa diri itu suci murni sangatlah kalau dengan makhluk Allah ini pun korang tak boleh nak bantu. Suruh mandulkan pun dah bermacam-macam alasan bangang yang diberi. Bila dah banyak, dibuang pula merata-rata.
Yang bestnya, kalau pilih baka yang mahal-mahal, yang baka biasa dipandang sepi. Padahal itu yang lebih memerlukan. Dah tu, bila nampak gambar kekejaman haiwan, dialah orang pertam yang memaki hamun. Fakers, you are the same. Inilah nasib-nasib mereka. Tidak lama lagi, hanya menunggu masa untuk dibunuh sahaja. Puas hati kan?
Aku hantar aunty yang kecewa itu pulang. Dia cuma memujuk hati bahawa orang yang mengambil puppy itu untuk dibela. Tetapi bila aku nampak kawasan itu ramai orang Myanmar, aku tahulah apa nasib puppy itu. - Azrol Adizar
No comments:
Write comments