Lek Lu

Tuesday, 3 May 2016

PELANGGAN FAREEDA BERASAK LAGI, KALI INI DEMI KOPI FREE ! (VIDEO)


BARU sahaja reda kontroversi video ‘serangan’ tudung Fareeda, nama pasangan Fizo Omar dan isterinya, Mawar Fareeda sekali lagi hangat diperkatakan apabila dilihat membiarkan orang ramai berasak-asak berebut lagi, di premis tudung mereka.

Kali ini, kopi percuma yang ditawarkan pula dikatakan jadi punca.



Difahamkan, kopi percuma itu diberi untuk menarik perhatian pelanggan bagi mendapatkan nombor giliran untuk koleksi terbaharu keluaran Fareeda yanag bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Rakaman insiden tersebut kini tersebar meluas di laman sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan beratus-ratus pelanggan berasak-asak di luar pagar yang dikawal oleh pasukan RELA.

Bagaimanapun, ada antara mereka telah bertindak ganas untuk masuk ke kawasan kilang Fareeda Group dengan merempuh anggota RELA, sehingga ada yang tertanggal tudung dan terhimpit di celah pagar.

Insiden tersebut sekali lagi mengundang kemarahan netizen yang berpendapat Fizo tidak pernah serik memperlekehkan para pelanggannya dan langsung tidak mengambil iktibar kejadian terdahulu.

“Bodoh je Fizo Omar ini. Tak habis-habis publisiti murahan. Upload video orang nak kopi,” tulis Haafiza Maamor.

“Baru lepas tengok video orang berebut kopi. Memang Fizo dan Mawar suka tengok pelanggan diaorang berebut lelaki perempuan kot. Tak serik tu,” tulis Erin Farina.

LIHAT VIDEO DI SINI

No comments:
Write comments