Manz Vpbk (kiri) bersama allahyarham Mohd Azhar
AJAL maut di tangan Tuhan, tiada siapa dapat menidakkan jika sudah tersurat nyawa berakhir dalam keadaan tidak disangka-sangka.
Itulah yang boleh dikatakan apabila allahyarham Mohd Azhar Abdul Wahab, 33, didapati maut di Vietnam, jauh daripada keluarga dan sanak saudara.
Susulan itu, keluarga allahyarham memerlukan kira-kira RM40,000 untuk proses membawa balik jenazah dan bagi membantu, rakan-rakan meminta bantuan netizen menerusi saluran media sosial.
Bagaimanapun, rakan allahyarham yang juga merupakan vokalis sebuah band underground, berasa tersinggung apabila posting meminta bantuan itu dijadikan ‘bahan’ nasihat pihak tertentu.
Rakan allahyarham menerusi akaun Facebook Manz Vpbk menulis:
“Nak pelaku bisnes sendiri, nak up bisnes sendiri dan kaut untung sekalipun janganlah sampai buat tuduhan melulu dan buat kenyataan tanpa usul periksa. Opportunist, opportunist gak tapi yang dok pi bash arwah tu pasai apa? Hang kenai ka arwah tu macamana? Dok buat pandai² la. Jangan judgemental sangat. Macam orang dah hilang pedoman hidup aku tgk dia ni.
Mungkin apa yang dikatakan tentang isu keselamatan itu ada benarnya tapi kalau dah sampai masa dan dengan izin Allah, tengah memerut dalam rumah pun boleh jalan. Tak payah susah² jadi backpackers pun. Janganlah asbab tu dijadikan alasan untuk menunding jari, mencari salah orang lain.
Sad but true!
Nah dikesempatan ini aku sedekahkan pantun dua kerat kat hang…
“Limau purut tiga serangkai,
Buta perut tadak akai!”
Apa pendapat anda? Wajarkah perkara ini berlaku?”
Pada pendapat kami nasihat yang diberikan itu ada benarnya namun ia agak tidak kena apabila dikaitkan dengan seseorang yang sudah tiada, apatah lagi dalam keadaan keluarga dan rakan-rakan allahyarham sedang bersedih dan kini berhempas pulas membawa pulang jenazahnya.
Antara tujuan nasihat dan cara memberi nasihat, moleklah utamakan cara memberi nasihat kerana jika ia disampaikan secara tidak betul, tujuan yang baik pun boleh bertukar jadi mudarat.
Sama-sama kita doakan urusan membawa pulang seterusnya mengebumikan allahyarham Azhar di tanah air dipermudahkan. – SUMBER
No comments:
Write comments