Lek Lu

Tuesday, 3 May 2016

TAHU PERBEZAAN LELAKI & PEREMPUAN KETIKA ISI MINYAK KERETA ?



LELAKI
Sampai di stesen minyak, matikan enjin. Sebelum turun, tarik tuil untuk buka penutup tangki minyak. Keluar kereta, tutup pintu, terus berjalan pergi kaunter bayaran sambil mengeluarkan duit dan toleh pandang nombor pam.

Selepas bayar, kembali ke kereta, terus ke pam, angkat nozzle, buka penutup tangki, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal. Lepak-lepak jap, nozzle berhenti. Simpan balik ke tempatnya, tutup tank dan gerak.

PEREMPUAN
Sampai di stesen minyak, matikan enjin. Cari purse dalam handbag dulu. Keluar kereta, tutup pintu terus ke kaunter bayaran. PAtah balik ke pintu besar atau terjenguk-jenguk tengok ke luar sebab terlupa tengok pam nombor berapa.

"Oooo nombor 5,"

Sudah buat pembayaran, kembali ke kereta. Buka pintu semula sebab simpan purse dahulu. Tutup pintu kereta semula. BErgerak nak buka penutup tangki. Opppsss! Terlupa tarik tuil penutup tangki.

Patah balik buka pintu kereta, tarik tuil dulu. Pergi balik, tengok-tengok penutup tak terbuka lagi. Silap, tadi tarik tuil nak buka bonet belakang rupanya. Pergi tutup bonet dulu. Patah balik tarik tuil tangki. Kali ini baru betul.

Pulas buka penutup tangki. Cari tempat nak letak tudung penutup tadi. Akhirnya letak atas bumbung. Pergi pam, angkat nozzle, hulur muncul nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.

Sambil menunggu minyak diisi, terapandang cermin tingkap belakang. Boleh betulkan tudung yang sikit terpenyet. Guna jari jolok masuk balik anak-anak rambut yang terkeluar. Nozzle berhenti. Angkat simpan ke tempatnya semula.

Nak tutup tank, terlupa penutup letak kat mana. Cari melilau.

"Oooo di atas bumbung kereta rupanya,"

Ambik pulas sampai ketat. Tutup, masuk kereta, jalan. Hahahaha! - Mastika

No comments:
Write comments