Tengok movie sambil pekena popcorn pun layan juga. Tapi masalahnya, kalau tengok kat panggung wayang bolehlah nak bedal popcorn tu, ni layan movie kat rumah je kot. Mana pula nak cari pocorn ni. Takkan nak bungkus popcorm semata-mata nak layan movie kat rumah, kan?
Gigihlah kami cari resepi ni, finally jumpa satu resepi popcorn homemade yang kami jumpa di Facebook dengan jumlah 1,688 shares. Baik gak ni! Nanti anda boleh cuba buat:
RESEPI POPCORN HOMEMADE
Bahan-bahan:
– Jagung kering
– Buttercup
Cara membuat:
1. Cairkan butter dalam 4 sudu
2. Dah cair masukkan jagung kering tu..dah agak2 dia dah bergaul sebati dgn butter tu baru di tutup kualinya.
3. Tutup rapat2 tau klu x dia melenting keluar.
4. Bila dah 5 minit tutup tu akan dgr lah tembakan2 dri dalam menandakan popcorn dh mula kembang. Masa ni kena tekan tutup periuk tu. Tahan dgn tangan.
5. Bila dah mengembang tgok tu nak tutup pun x rapat lagi. Dalam 6 7 minit agak2 dah xdgr bunyi tembakan dan letupan, dah boleh lah tutup api.
6. Masukkan dlm bekas pastu letak tepi dulu.
Cara membuat karamel:
1. Cairkan dlm 6 hingga 8 sudu gula.
2. Cairkan gula perlahan lahan.
3. Dah cair, perlahankan api. Jangan sekali kali celet gula tu tau sebab kadar kepanasan gula yg sedang dimasak ni jauh lebih tinggi dr air yg tgh menggelegak.
4. Dah cair masukkan 2 sudu butter. Jgn tggu gula coklat sgt tau..nanti pahit
5. Dah siap gula karamel kita. Bolehlah dimasukkan semula popcorn yg kita asingkan tadi tu. Gaul pelan2 smpai sebati popcorn dgn karamel.
* Masa tgah gaul2 ni memang popcorn akan rasa lembik dan lemau. Xpe nnt bila dah siap, kita sejukkan, dia akan jadi ranggup kruupp krapp kruup krapp..
Sumber: FB Rahsia Hawa & Nurul Harliza Said
No comments:
Write comments