SYARIKAT penerbangan tambang murah AirAsia mengesahkan pihaknya mengalami gangguan penerbangan sejak petang kelmarin, menyebabkan kesulitan kepada penumpangnya.
Perkara itu menyebabkan ramai penumpang meluahkan kekecewaan di media sosial berkaitan pembatalan penerbangan mereka di saat akhir.
Menurut beberapa penumpang, mereka diberi notis bercetak yang menjelaskan penerbangan dibatalkan atas ‘sebab-sebab operasi’.
AirAsia dalam sebuah kenyataan berkata pihaknya memohon maaf serta sedang berusaha memulihkan keadaan bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi pelanggan mereka.
Pada masa sama AirAsia memaklumkan, penumpang yang terbabit dengan gangguan penerbangan akan diberitahu dan diberi bantuan yang diperlukan.
“Justeru, AirAsia memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” tambahnya.
Difahamkan sejak petang kelmarin, beberapa penerbangan AirAsia dibatalkan dan perkara itu menjadi viral di laman sosial.
Antara penerbangan dibatalkan adalah AK6448 ke Kota Bharu, AK5134 (KL-Kota Kinabalu), AK11 (KL-Chennai), AK174 (KL-Changsha) dan AK931 (KL-Medan). – MYNEWSHUB.CC

No comments:
Write comments