Lek Lu

Saturday, 7 May 2016

Kaum Ibu Boleh Cuba Trik Ini Kalau Anak Malas Kemas Bilik

12795366_10207770029960074_2072585012651698446_n

Dek kerana penat dengan kerenah anak-anak yang tidak rajin mengemas bilik, Alice Velasquaz telah menemui satu trik baru untuk memastikan bilik mereka sentiasa kemas dan bersih.

Apa yang Alice lakukan ialah meletakkan kesemua barang-barang mereka seperti kasut, pakaian kotor, buku teks, peralatan sukan yang bersepah itu ke dalam beg plastik dan Alice akan menjual semula kepada mereka dengan harga $25 untuk setiap beg.

Untuk membeli semula beg-beg tersebut, Alice akan memberikan wang setiap kali mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan olehnya.

Menarik juga trik Alice ini. Mungkinkah cara ini boleh digunakan pakai oleh kaum ibu yang lain?

No comments:
Write comments