Lek Lu

Saturday, 9 April 2016

REBECCA NUR ISLAM MENGANDUNG ANAK KEEMPAT



RASANYA sejak kebelakangan ini jarang lihat kelibat aktres jelita yang sudah berhijab ini, Rebecca Nur Al Islam muncul di kaca televisyen atau hiasi muka-muka majalah tempatan serta dalam drama dan filem tempatan.

Rupa-rupanya pelakon berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab ini sedang sarat mengandung anak keempat dan sebenarnya hanya menunggu masa untuk bersalin sahaja.


Datin Rebecca Nur Al Islam, 30; kini mempunyai tiga orang anak iaitu Nor Adam Daniel, 7, Nor Anggun Raverra, 4, dan Nor Anggerik Renesmee, 3 tahun.

“Selain tiga anak saya, dua anak tiri pun duduk sama dengan saya juga. Jadi total anak-anak semua ada lima. Tambah yang bakal lahir nanti, jadi enam orang semuanya.

“Saya tak kisah anak ramai. Anak ramai best, meriah rumah, nanti bila dah tua, boleh masing-masing tukar-tukar jaga kita kan,” jelasnya sambil ketawa kepada portal Media Hiburan.


Rebecca dan suaminya, Datuk Azam pernah memberitahu media bahawa mereka ingin mempunyai ramai anak selepas anak ketiga mereka iaitu Nor Anggerik Renesmee dilahirkan tiga tahun dahulu.

Walaupun sarat mengandung anak keempat, dia sudah berangan-angan untuk mempunyai anak kembar pula.

“Kesemua anak saya lahir secara pembedahan, jadi jika anak yang terakhir nanti, harapan saya nak anak kembar. InsyaAllah,” jelasnya.

Anak anugerah Allah, setiap anak yang lahir telah ditentukan rezekinya.

Meskipun sudah mempunyai enam anak termasuk yang bakal lahir, pelakon ini lebih gemar untuk menyiapkan anak-anak sendirian waima ada pembantu rumah yang boleh membantu menguruskan anak-anaknya.


Rebecca tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya untuk menguruskan kesemua anaknya tetapi hanya melibatkan sesetengah perkara sahaja.

“Walaupun saya mempunyai lima orang pembantu, namun saya tak harapkan dan percayakan pembantu 100%. Anak-anak masih saya yang siapkan. Pembantu cuma bantu sikit-sikit sahaja,” katanya kepada portal itu.

Kini, aktres ini lebih menumpukan kepada perniagaan hijabnya iaitu Anggun Anggerik Shawl Hijab dan susu kambing.

Sekiranya ada tawaran berlakon dari produksi tempatan, dia hanya akan memilih watak yang bersesuaian dengan dirinya sahaja. –

No comments:
Write comments