Lek Lu

Saturday, 9 April 2016

ANZALNA, SUAMI DAN KELUARGA DI TANAH SUCI (7 GAMBAR)


PASANGAN merpati dua sejoli, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang baharu sahaja melangsungkan majlis resepsi kedua awal minggu ini telah selamat tiba di Tanah Suci bagi menunaikan umrah .


Pasangan ini pernah menyatakan untuk menangguhkan sesi bulan madu mereka kerana ingin menunaikan umrah.

“Saya baru saja menolak tawaran untuk berlakon kerana tumpuan buat masa ini diberikan sepenuhnya kepada suami.

“Insya-Allah, saya dan suami akan menunaikan umrah pada minggu hadapan. Kami juga tangguhkan dulu niat berbulan madu dan memilih untuk terbang ke Tanah Suci,” jelasnya kepada portal BH ONLINE bulan lepas.

Pasangan bahagia ini tiba di Tanah Suci dengan ibu bapa Anzalna. Semoga mereka sekeluarga mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.

Antara foto-foto aktres ini bersama keluarga semasa di Tanah Suci yang dikongsi untuk tatapan peminat di tanah air melalui Instagramnya.












Anzalna dalam salah satu posting di laman Instagramnya berbunyi;

“Rezeki kami selepas kahwin. Allahu akbar! Sepatutnya duduk di hotel lain, sampai di Madinah dapat hotel yang berhadapan dengan Masjid Nabawi. Beruntung kami berdua. Kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan. Allah maha besar.” 

No comments:
Write comments