Lek Lu

Wednesday, 6 April 2016

Kenali Gejala Eczema Dan Kaedah Rawatannya

Kalau yang masih ingat zaman kanak-kanak dahulu, mesti ada di antara kita yang pernah lihat kaki kawan-kawan anda yang banyak luka kesan garu, berbentuk seperti duit syiling. Lagi digaru, lagi merebak dan berdarah.

images

Mungkin waktu itu kita tak tahu itu ialah gejala eczema. Eczema ialah masalah kulit yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak, tapi tak terkecuali orang dewasa. Kalau dulu, jarang orang terkena penyakit ini, tapi zaman sekarang dah makin ramai terkena!

Kebiasaanya, masalah ini berpunca daripada:

1. Sistem imun badan yang berubah

Badan kita memiliki sistem imun yang akan menyerang sel-sel jahat yang mendatangkan penyakit. Tetapi dalam kes eczema ini, sistem imun kita ini terkeliru dan mulai menyerang sel-sel baik yang membawa kesan kepada kulit.

2. Alahan

Berkemungkinan kulit anda alah terhadap sabun, syampu, serbuk pencuci pakaian, hama, kulat, habuk dan bulu-bulu binatang.

download (1)

3. Keturunan

Ada juga yang mengaitkan masalah eczema disebabkan oleh ada keturunan yang mengalami masalah ini.

4. Kulit terlalu sensitif

Kulit anda terlalu sensitif terhadap habuk di persekitaran anda, asap rokok dan juga cuaca yang terlalu panas atau sejuk sehingga menyebabkan anda mengalami ezcema.

5. Stress

Stress bukan sahaja menyebabkan masalah dalaman, malahan akan menyerangkan kulit anda dengan ezcema!

Gejala ezcema biasanya terjadi pada bahagian muka, tangan dan kaki. Ia akan bermula dengan gatal, kemudian anda menggaru, terluka sehingga menyebabkan ezcema.

download

Berikut adalah simptom-simptom awal ezcema:

1. Erythema, iaitu kulit terasa panas, bergelojak dan gatal

2. Terdapat bintik-bintik merah yang menyerupai ruam pada kulit, dikenali sebagai simptom papules. Ini adalah eczema peringkat awal yang agak mudah untuk dirawat dan healing crisis yang berlaku juga tidak begitu teruk.

0b2f02f32d221b26087995eda44ad71b

Eczema jenis ini lebih cepat sembuh kerana ia belum lagi terdedah pada penggunaan bahan-bahan kimia untuk rawatan seperti suntikan dan steroids.

3. Kulit pesakit akan menjadi semakin tebal, mengeras dan mengering serta bertukar menjadi gelap. Pada peringkat ini, ia sudah bercampur dengan penggunaan ubat-ubatan untuk mengatasi punca eczema.

stasis_dermatitis

4. Terdapat juga keadaan healing crisis yang lebih kritikal iaitu apabila kesan daripada ubat-ubatan yang diambil menjadikan eczema kering, gatal, hitam dan menganggu tidur. Bahagian yang terkena eczema akan menjadi panas dan sangat gatal, juga cecair yang kadangkala keluar dari bahagian tersebut.

dyshidrotic_eczema_treatment3-2

 

Jadi, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. JOm! sama-sama kita lihat:

  • Elakkan daripada menggunakan karpet yang tebal di dalam rumah, melainkan anda adalah seorang yang rajin vacum rumah.
  • Gantikan sabun yang mempunyai pH tinggi atau yang anda alah dengan jel mandian yang anda selesa gunakan
  • Selalu gunakan krim pelembap badan walaupun anda seorang lelaki. Ingat, eczema tak kenal jantina!
  • Elakkan mandi air panas dengan kerap sekiranya kulit anda nipis.
  • Jangan pakai pakaian berlapis-lapis. Kita di Malaysia beriklim khatulistiwa, bukan dekat Korea nak pakai baju smpai 2 3 lapis.
  • Pakai pakaian yang berfabrik halus dan nipis, janji tutup aurat dan tidak nampak warna kulit anda!
  • Awasi makan yang anda alah seperti makanan laut dan kacang.
  • Jika terlihat tanda awal eczema, cepat-cepat sapu krim atau ubat yang disarankan oleh pegawai farmasi.
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda sudah terkena ezcema. Lagi cepat, lagi bagus.

 

Parut bergaduh nampak gagah, parut ezcema nampak geli!

The post Kenali Gejala Eczema Dan Kaedah Rawatannya appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments