Sebagai orang yang pembersih, mesti tak sah kalau mandi tanpa sabun dan shampo, ibarat “mandi kerbau” jadinya. Tapi, pernahkah kita semak kandungan dalam sabun dan shampo yang kita pakai itu?
Mesti ramai yang x pernah semak. Asalkan wangi, diikuti dengan review masyarakat sekeliling yang mengatakan sabun itu elok, kita pun terus beli dan pakai.
Perlu diingat, sesetengah sabun dan shampo mengandungi bahan berbahaya seperti Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate.
Kedua-dua bahan ini juga dikenali dengan SLS. Bahan ini boleh dijumpai dalam produk yang menghasilkan buih seperti sabun, shampo, pencuci muka, sabun pencuci kereta dan sebagainya.
Ia sangat-sangat tidak elok untuk tubuh badan anda. Lagi banyak buih, lagi banyak kandungan SLS.
Mari kita lihat 10 sebab kenapa anda perlu tinggalkan produk yang mengandungi SLS:
1. Penyebab penyakit kulit
Kedua-dua bahan ini terbukti secara klinikal menyebabkan kerengsangan pada kulit dan punca terjadinya iritasi kulit terutama kepada bayi dan penghidap eczema. Bagaimana ia berlaku?
Kulit manusia memang semulajadinya mempunyai lapisan minyak. SLS ini membersihkan kulit dengan cara mengikis iaitu membuang lapisan minyak. Hasilnya kulit akan menjadi sangat kering dan kusam.
2. Merosakkan mata
Mesti pedih kalau mata terkena sabun. Ia adalah antara kesan SLS terhadap mata anda dan jika kerap terkena boleh menyebabkan katarak.
3. Menggugurkan rambut
SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.
4. Berkemungkinan bercampur dengan bahan beracun lainnya seperti Nitrate
Bahan beracun sebagai pelarut yang dipakai bersama SLS seperti nitrate yang kerap ditemui dalam produk yang mengandung SLS juga antara punca kanser.
5. Menyerap ke dalam tubuh badan
Kajian oleh University of Georgia Medicine menemukan bahwa SLS boleh menyerap masuk dan tinggal dalam tubuh seperti mata, otak, hati dan hempedu.
6. membantu bahan kimia lain masuk ke tubuh
SLS akan diadunkan dengan bahan kimia lain. Jika ia terserap ke dalam tubuh, SLS juga akan membawa sekali bahan kimia yang dicampurkan dengannya ke dalam tubuh anda.
7. Mengeluarkan wap beracun
Bila? Ketika anda mandi air panas. Apabila SLS terkena air panas, ia akan mengeluarkan Sodium Oxides dan Sulfur Oxides yang boleh mengganggu sistem pernafasan anda.
8. Dikategorikan sebagai pestisida dan herbisida
SLS juga digunakan untuk membunuh serangga. Ia juga pada mulanya dimasukkan dalam kategori pestisida yang diperbolehkan pada pertanian organik, tetapi kemudian tidak dibenarkan kerana SLS boleh mencemarkan dan merosakkan tanaman.
9. Bersifat korosif
SLS juga bersifat korosif, iaitu mudah menghakis. SLS biasanya digunakan dalam pencuci lantai dan pencuci kereta bertujuan menghakis kotoran degil. Bayangkan kalau terkena kulit anda?
10. Mencemarkan air dan udara
SLS terkenal boleh meracuni hidupan air dan ia berpotensi tinggi masuk ke dalam tubuh ikanyang kemudiannya menjadi agen pembawa racun kepada kita yang memakannya. SLS juga boleh mencemarkan udara dengan kandungan sulfur yang tinggi.
Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Gunakan produk daripada campuran organik. Memang mahal sedikit, tapi lebih baik daripada murah tapi merosakkan!
The post 10 Alasan Untuk Anda Tidak Gunakan Sabun Yang Mengandungi “SLS” appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments